« Utama

PANDUAN KAEDAH PENGIRAAN


JUMLAH JAM/HARI MENGIKUTI LATIHAN
BIL. KATEGORI LATIHAN JENIS AKTIVITI KAEDAH PENGIRAAN
 1.

Latihan

 

  • Definisi: Aktiviti latihan yang dijalankan secara bersemuka dan berterusan anjuran jabatan, bahagian atau agensi luar di dalam dan di luar negara.

 

  • Kehadiran minimum 2 hari setahun dan tiada had jumlah maksimum
 
    Kursus
    Seminar
    Konvensyen
    Bengkel/ Workshop
    Forum
    Simposium
    Kolokium
    Lawatan Rasmi/ Korporat/ Sambil Belajar
    Klinik kaunseling
Aktiviti latihan yang dijalankan selama 6 jam secara berterusan dikira sebagai satu hari mengikuti latihan.
2.

Sesi Pembelajaran:

 

  • Definisi:

Sebarang aktiviti latihan atau pembelajaran secara bersemuka yang tempohnya kurang 6 jam, anjuran jabatan, bahagian dan agensi luar; dan

 

Jumlah hari yang boleh diambil kira terhad kepada 5 hari (30 jam) sahaja setahun.
    Sesi Pembelajaran peringkat kementerian/ jabatan/ bahagian/ cawagan/ seksyen
    Sesi Perkongsian Ilmu di peringkat/ jabatan/ bahagian/ cawangan/ seksyen
    Program Executive Talk
    Program Penerapan Nilai-Nilai Murni dan ceramah-ceramah khas seperti Ceramah Kesihatan/ Ceramah Maulidur Rasul
    Program sambutan yang mengandungi ucapan/ ceramah/ forum
    Perhimpunan Bulanan peringkat kementerian/ jabatan/ bahagian/ cawangan
    Pertemuan mentor dan mentee
    Sesi perbincangan/ perkongsian idea pengurusan tertinggi/ pembentangan kertas kerja di seminar, konvensyen, simposium atau persidangan
    Sesi Kaunseling
       
    Kehadiran 6 jam yang dikumpulkan melalui beberapa jenis aktiviti “Sesi Pembelajaran” dikira bersamaan dengan 1 hari mengikuti latihan.
    Bagi pertemuan mentor dan mentee serta sesi perbincangan/ perkongsian idea dengan pengurusan tertinggi (pegawai di peringkat Timbalan Pengarah/ Timbalan Setiausaha Bahagian hingga Ketua Setiausaha), catatan perbincangan mestilah dibuat di dalam sebuah buku catatan.
    Satu Perhimpunan Bulanan peringkat kementerian/ jabatan bersamaan dengan 1 jam; dan
    Satu Perhimpunan Bulanan peringkat bahagian/ cawangan bersamaan 30 minit.
       
3.

Pembelajaran Kendiri:

 

  • Definisi:

Kaedah pembelajaran yang berkonsepkan belajar atas daya usaha sendiri;

 

  • Pembelajaran melibatkan secara bersemuka dan tidak bersemuka (on-line); dan

 

Terhad maksimum 3 hari setahun, iaitu bersamaan dengan 3 pembentangan setahun.
    Penggunaan Portal                  e-pembelajaran Sektor Awam (EPSA) – www.epsa.intan.my
    Penggunaan  e-pembelajaran yang diiktiraf oleh jabatan/ kerajaan
    Pembacaan buku-buku ilmiah (buku biasa/ bentuk fizikal atau e-book)
    Pembacaan jurnal ilmiah/ laporan/ kajian dan bahan-bahan ilmiah lain secara fizikal atau maya.
       
    • Bahan bacaan perlu dibentangkan. Satu sesi pembentangan perlu diadakan di peringkat kementerian/ jabatan/ bahagian/ cawangan/ seksyen.
    Seorang pegawai sekurang-kurangnya peringkat Ketua Penolong Setiausaha/ Ketua Penolong Pengarah perlu hadir sebagai penyelia.
      Satu pembentangan diiktiraf sebagai 1 hari mengikuti latihan.
    • Pegawai/ Kakitangan yang mengikuti kursus yang ditawarkan oleh ESPA adalah tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan bagi setiap modul. Pegawai/ Kakitangan yang telah mengikuti kursus dengan jayanya akan diiktiraf menghadiri kursus tertakluk kepada pihak penganjur (INTAN).
       
 

 

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Seksyen Pembangunan Manusia dan Latihan,
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 14, No.2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5,
62000 Putrajaya.