SISTEM PELAPORAN LATIHAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

Sistem Pelaporan Latihan

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat datang ke laman Sistem Pelaporan Latihan,

Kesungguhan dan komitmen kerajaan untuk membangunkan sumber manusia sektor awam secara berterusan dapat dilihat dengan jelas sejak pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia pada tahun 2002. Di bawah Sistem Saraan Malaysia, Penilaian Tahap Kecekapan telah diperkenalkan yang memberi penekanan kepada penguasaan ilmu pengetahuan dan peningkatan kompetensi, kreativiti dan inovasi secara berterusan. Transformasi ini adalah amat penting bagi membentuk sumber manusia sektor awam yang sentiasa relevan dengan peredaran masa dan perubahan persekitaran.

Untuk mengukuhkan lagi usaha-usaha pembangunan sumber manusia sektor awam, Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam (DLSMSA) telah diperkenalkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005. Mengikut DLSMSA, “kompetensi” merujuk kepada pengetahuan (knowledge), kemahiran (skill) dan sikap/ciri-ciri peribadi (attitude) yang diperlukan bagi melaksanakan sesuatu tugas dan tanggungjawab. Sehubungan dengan itu, setiap anggota perkhidmatan awam perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang bersesuaian melalui program pembangunan sumber manusia yang terancang yang berteraskan kompetensi dan pembelajaran berterusan.

DLSMSA telah menetapkan supaya semua ketua jabatan hendaklah memastikan anggota masing-masing di semua peringkat mengikuti latihan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari setahun dan peruntukan tahunan bersamaan sekurang-kurangnya satu peratus (1%) daripada peruntukan emolumen disediakan untuk tujuan latihan. Laman ini disediakan bagi membolehkan pengemaskinian laporan kehadiran kursus dapat dibuat secara langsung di peringkat jabatan/agensi untuk tujuan pemantauan oleh pihak pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia dari semasa ke semasa.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Tinggi